Make your own free website on Tripod.com
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
« June 2012 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Terjemahan Fatwa
Monday, 10 January 2005
Tajuk Fatwa: Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan
Tajuk Fatwa: Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan

Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

URL asal: http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=31992

Soalan:


Apakah pendapat al-Quran dan hadits terhadap isu kemiskinan dan kekayaan?
Jawapan:
"Islam tidak menolak hakikat yg terdapat perbezaan jelas yg wujud di antara manusia dlm harta-benda dan kekayaan, itulah hakikat kehidupan, yg membentuk peringkat-peringkat, sebahagian manusia berada di atas manakala sebahagian di bawah.
Jadi, tidaklah menghairankan utk menyaksikan perbezaan dlm pendapatan dan kekayaan manusia kerana perbezaan tersebut juga wujud dlm nikmat-nikmat lain, spt kepandaian, kecantikan, kekuatan fizikal dan dlm perkara-perkara lain yg disifatkan menggambarkan setiap individu . Dlm hal ini, Allah SWT berfirman: " Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezki."(An-Nahl: 71)
Sudah menjadi kenyataan bahawa sebahagian manusia di berikan kelebihan ke atas yg lain dlm hal kebendaan, sebagaimana Allah SWT berfirman: " Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. ." (Az-Zukhruf : 32)
Bagaimana pun, ini tidak bermaksud yg di atas mengusai segalanya sehingga menyalahguna kuasa utk menindas yg di bawah ; tidak sekali pun, ini bukanlah suruhan ayat al_quran itu. Bahkan , yg Allah maksudkan dlm ayat itu ialah yg diberikan kelebihan mesti menggunakannya utk utk menolong kepentingan yg lain dan utk pembangunan.
Utk penjelasan lanjut dlm isu ini, kita boleh samakan kehidupan ini sebagai sebuah kilang besar yg mana terdapat pembahagian buruh yg mesti diamalkan utk mengendalikan kilang itu dgn berjaya. Tetapi harus di jelaskan sebagaimana Islam bersetuju dgn prinsip pembahagian dlm penerimaan kekayaan, ia tidak membenarkan pemilikan harta sebagai monopoli sesetengah individu tertentu sahaja, sebab itulah kenapa ia menunjukan kecenderungan besar utk mengurangkan jurang antara yg kaya dan yg miskin utk menghalang si kaya drp menindas si miskin, dan utk meningkatkan taraf kehidupan manusia, kerana ini semua akan menolong membina kestabilan dan perisai melawan perasaan kebencian dan pergeseran antara ahli dlm masyarakat yg sama. Sebab itulah Islam dgn bersungguh-sungguh mengutuk sikap yg mengatakan yg kekayaan sepatutnya di kawal oleh sebahagian individu atas atas kerugian majoriti. Oleh sebab itu , Utk mengelakkan suasana bahaya spt itu, ia meletakkan beberapa prinsip berikut:

1. Melarang semua kaedah haram pelaburan wang, spt riba (bunga atau faedah), monopoli kekayaan, urusniaga yg menipu, perdagangan haram ,dan sebagainya. Tujuannya utk menghadkan pelaburan spt itu supaya tidak membesarkan jurang antara yg kaya dan si miskin.
2. Mewajibkan Zakat ke atas si kaya; utk mengambil sebahagian drp kekayaan mereka dan memberikan kpd si miskin . Sistem Zakat, yg di gariskan oleh Islam, ialah utk menolong si miskin mencari jalan rezeki melalui apa yg mereka dapati drp zakat, sama ada ia dlm bentuk bayaran tahunan atau melalui memberikan mereka jaminan kewangan kekal.

Imam An-Nawawi dan ulama-ulama Shafi`i berkata dlm hal ini : "Setiap org miskin mestilah diberikan apa yg menyokong dia dan memberikan dia sebahagian drp jaminan kewangan kekal. Ini berbeza mengikut keperluan individu : seorang pekerja, yg matlamat utamanya utk mendapat peralatan utk pekerjaannya, mesti ditolong utk mendapatkan peralatan itu tidak kira berapa harganya . Seorang peniaga , yg memerlukan modal ,mesti diberikan wang utk menjalankan perniagaan . tetapi pertolongan ini mestilah di dlm lingkungan untung yg boleh menyokong dia . Bagi seseorang yg tidak tahu mencari makan melalui perniagaan atau pekerjaan, dia mesti diberikan jalan rezeki; ini boleh dilakukan dgn memberikan dia wang utk menolong dia membeli tanah yg dapat memberikannya hasil ."


Zakat dlm hal ini adalah satu cara sempurna utk menambahkan bilangan harta di kalangan org miskin, spt yg kita lihat, , ianya membantu setiap individu utk membeli alatan pengeluaran:peralatan bagi pekerja,tanah bagi petani,kedai utk peniaga dan usahawan, dan ladang utk yg lain yg membolehkan mereka menerima pendapatan;bahkant, Zakat memberikan tidak lain melainkan kebaikan utk semua! Jadi ianya adalah wajib kpd pihak berkuasa Zakat utk menguruskan nya dgn baik yg akan memberikan manfaat kpada semua.

3. Di samping Zakat, Islam juga memerintahkan si kaya supaya memberikan bantuan kewangan yg lain, spt bantuan kpd saudara mara, menunaikan nazar dan kewajipan agama membayar denda kerana melanggar hukum agama, Al-Udhiyah (Korban hari raya haji) (dimana ahli Feqah Hanafi mewajibkan ia ), semangat kejiranan dan mengekalkan silaturahim ,layanan mesra, memberikan makanan kpd si miskin, membantu yg tertindas, membebaskan tahanan, memberikan perubatan kpd yg sakit dan menghulurkan bantuan ketika bencana, spt peperangan , kebuluran dan sebagainya. Ini selari dgn hadith: " Seseorang tidak akan di anggap seorang yg benar2 beriman , jika dia gagal membantu jirannya yg kelaparan,jika dia mampu melakukannya."

4. Hukum faraid Islam secara tidak langsung adil dlm pembahagiann harta. Juga sebagai tujuan yg sama adalah dijadikan dgn adil kpd org yg tiada hak dalam pusaka. Ini di anggap wajib menurut sebahagian ulama islam awal atas dasar firman Allah's : "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah: 180)

Inilah asas bagi undang-undang yg dikenali sebagai "Pusaka Wajib" yg bertujuan utk membantu cucu-cucu yg bapanya meninggal ketika datuknya masih hidup.



5. Lagipun, di samping apa yg telah di senaraikan, pemerintah Muslim di berikan kebijaksanaan utk melaksanakan sedikit campurtangan dlm mewujudkan keseimbangan dlm ekonomi dgn membahagikan sebahagian harta awam utk sebahagian Org yg amat memerlukan bantuan. Ini jelas berbeza drp pemgambilalihan harta-benda, adalah halal jika mengikut panduan Islam. Kita mempunyai contoh terbaik dlm Rasullullah S.A.W dlm hal ini . Ini berlaku ketika Rasullullah S.A.W) membahagikan Al-Fay' (harta rampasan perang yg diperolehi tanpa bertempur) milik Bani An-Nadeer, hanya kpd kaum Muhajireen, tidak termasuk kaum Ansar kecuali dua org Ansari yg miskin Alasan tindakan Rasullullah S.A.W kerana keadaan kaum Muhajireen yg terpaksa meninggalkan Makkah, meninggalkan semua harta benda mereka. Apabila tiba di Madinah, wujud jurang yg luas antara kaum Muhajireen dan kaum Ansar dlm harta benda, yg majoriti kaum kedua itu dlm keadaan baik kerana memiliki harta yg banyak. Utk menghubungkan juran ini , Rasullullah S.A.W memperkenalkan kaedah ekonomi itu utk menstabilkan keadaan ekonomi itu, dan satu ayat al-Qur'an kemudiannya di wahyukan utk menyokong tindakan Rasullullah S.A.W itu , spt firman Allah: " supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.." (Al-Hashr: 7)

Jadi semua pemerintah Muslim mesti mematuhi contoh terbaik teladan Nabi Muhammada SAW."

Rujukan terjemahan al-Quran: http://soni69.tripod.com/quran.htm
Diterjemahkan oleh Zul Yusoff utk Islam http://duniadinar.tripod.com/terjemahanfatwa/
Jika anda ingin terjemahan fatwa lain di hantar kpd kotak e-mail anda pd masa depan, sila sertai kumpulan ini:
http://finance.groups.yahoo.com/group/duniadinar/



Posted by duniadinar at 9:29 PM WST
Post Comment | Permalink
Saturday, 16 October 2004
Tajuk Fatwa: Adakah Mungkin Untuk Menghubungi Ruh Si Mati?
Tajuk Fatwa: Adakah Mungkin Untuk Menghubungi Ruh Si Mati?

Sumber: Islamonline (http://www.islamonline.net)

Soalan: Wahai Ulama, Assalamualaikum. Untuk 17 tahun perkahwinan saya, satu soalan belum terjawab untuk saya. Saya berharap untuk memperolehi jawapan dari anda. Soalan saya ialah: seorang bapa saudara dari sebelah bapa isteri saya mendakwa yg dia boleh menghubungi ruh syahid yang telah terbunuh beratus tahun dahulu dan dia boleh menyelesaikan sebarang masalah dengan ruh si mati itu Dia mendakwa semuanya itu dilakukan mengikut al_Quran & Sunnah. Sila berikan penjelasan anda ?

Nama Mufti: Sheikh Ahmad Kutty

Jawapan:
Waalaikum mussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dengan Nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

segala puji dan syukur kpd Allah, dan selawat & salam kpd Rasul Nya.

Wahai Saudara se Islam, terima kasih atas soalan anda, yg menunjukkan anda mempunyai keimanan dan kepercayaan. Allah menyuruh org Islam untuk merujuk kpd orang yang berpengetahuan supaya memahami ajaran Islam dlm semua aspek kehidupan.

Pertamanya, ianya adalah perbuatan syirik (menyekutukan yg lain dgn Allah) dan adalah dosa besar untuk memanggil makhluk ghaib -- orang mati, malaikat, syaitan atau jin -- untuk pertolongan dan perantaraan.

Dalam menjawab soalan anda , Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:

"Sesungguhnya tiada asas dlm Islam untuk seseorang mendakwa yg dia mampu berhubungan dgn ruh atau semangat si mati , sama ada org yg syahid, wali-wali, atau Rasul-rasul yg bertaraf tinggi, termasuklah Nabi Muhammad (s.a.w), dan menyelesaikan masalah melalui mereka. Dakwaan itu bukan sahaja karut, bahkan mustahil dan mesti di elakkan sama sekali.

Satu ajaran Islam yg nyata, yg ditekankan dlm Qur'an dan Sunnah, ialah hal-hal ghaib (spt apa yg berlaku selepas mati atau masa depan) adalah tertakluk kpd Allah, dan tiada manusia yg boleh mengetahuinya kecuali dlm perkiraan yg dibenarkan oleh Allah. Kita selanjutnya diajar yg tiada yg dapat memberi manfaat atau bahaya kecuali dgn izin Allah,dan oleh sebab itu, kita mesti meminta pertolongan hanya kpd Allah -- tidak kira darjat orang yg kita minta tolong.

Lagipun, Qur'an mengutuk secara mutlak kpd sesiapa yg melibatkan diri dlm spekulasi mengenai hal-hal ghaib ; ia di anggap kesalahan amat hina.

Jadi ,ianya tidak mengejutkan jika seseorang mendapati hingga tiada dlm satu contoh pun dlm sumber-sumber yg melibatkan sebarang Rasul-rasul atau Nabi-nabi yg menunjukkan mereka mampu menghubungi ruh si mati.

Sedang tiada satu pun peristiwa Rasul-rasul atau Nabi-nabi Allah menghubungi ruh si mati , kita bagaimana pun mendapati , beberapa kes yg mereka melakukan mukjizat menghidupkan si mati . Satu contoh mudah ialah spt yg diceritakan dlm Surah al-Baqarah mengenai cerita satu pembunuhan. Oleh kerana identity pembunuh tidak diketahui , Allah Mengarahkan Bani Israel melalui Nabi Musa utk mengorbankan seekor kerbau dan memukul mayat itu dgn tulang yg sama . Oleh sebab itu, si mati telah hidup semula , dan dia memberitahu nama pembunuh itu dan dia menutup matanya dan mati. Mukjizat spt ini , kita mesti tegaskan semula, adalah tiada kaitan dgn menghubungi ruh si mati.

Jika, utk kepentingan perbincangan, seseorang yg mengakui kemungkinan menghubungi ruh si mati dan menyelesaikan masalah melalui mereka, jadi soalan-soalan ini perlu dijawab :

1) Kalau mungkin utk manusia menghubungi ruh si mati , jadi kenapa tidak golongan awal Muslims spt sahabat-sahabat Nabi, pengganti-pengganti mereka dsb., menghubungi ruh Nabi Muhammad (s.a.w) dan menyelesaikan masalah melalui dia?

2) Kenapa tidak Abu Bakar, `Umar, `Uthman dan `Ali menghubungi Nabi Muhammad (s.a.w) dan meminta nasihat dalam banyak ujian-ujian dan penderitaan-penderitaan yg dihadapi Ummah selepas kematiannya? Dgn melakukan demikian, jadi mereka mungkin boleh menyelamatkan Ummah drp banyak pertumpahan darah dan perang saudara yg terjadi.

3) Jika menghubungi ruh si mati dan menyelesaikan masalah melalui pertolongan mereka adalah sebahagian kepercayaan Islam, kenapa tidak generasi contoh mengamalkannya? Kenapa kita gagal mencari sebarang pengesahan mengenai hal itu dlm sumber-sumber sah Islam, jika manusia amat-amat memerlukannya ?

4) kalau seseorang secara ikhlas mempercayai yg dia boleh menyelesaikan masalah dgn menghubungi ruh si mati, jadi kenapa dia tidak boleh mendapatkan keperluan biasanya dipenuhi dgn saluran ini? Mari uji dirinya: Sekat segala keperluan asas drp dia dan cabar dia menyelesaikan masalah melalui ruh yg salah di panggil Syahid ; kalau dia jatuh sakit, jangan beri sebarang rawatan kpd nya kerana dia mampu mendapatkannya dgn mudah melalui saluran misteri itu.

Sekarang tertolaklah dakwaan semacam itu yg jelas karut , mustahil dan bertentangan dgn ajaran Islam, jadi kita perlu menjelaskan hal sebenar dakwaan itu. Untuk menjelaskan kita perlu merujuk kpd fakta iaitu mengikut Islam ada alam-alam luar yg tersembunyi drp kita, kepunyaan syaitan dan jin. Makhluk-makhluk itu mempunyai kuasa terhad, walau bagaimana pun hal-hal ghaib (hal-hal melampaui akal , spt yg tidak dapat dilihat) sudah tentu terhad kpd mereka. Sesiapa yg berkhidmat dan berkawan kpd makhluk-makhluk itu boleh menyelesaikan masalah tertentu melalui mereka, tetapi bukanlah hebat sangat, dan tiada sampai melibatkan pendedahan rahsia tersembunyi. Satu lagi factor penting utk difikirkan: makhluk-makhluk itu boleh menjelma dan menyamar sebagai ruh si mati utk menipu pengikutnya.

Apa yg dicatatkan di atas telah disahkan oleh salah seorang bekas ketua yg di salah panggil Spirit Movement di Mesir , yg berpuluh-puluh tahun terlibat dalam hal ini. Selepas bertaubat dan memperbaharui syahadah(pengakuan iman), dia mendedahkan rahsia-rahsia kumpulan itu. Dalam kenyataannya kpd pemberita, dia mengutuk sesiapa yg mendakwa boleh menghubungi ruh si mati . Dia berkata mereka sebenarnya melibatkan makhluk-makhluk jahat spt syaitan dan jin.

Bekas ketua Spirit Movement itu kemudian mededahkan mitos yg adalah mungkin utk mendapat penyembuhan atau diubati melalui saluran-saluran. Dia mengakui --yg dia sendiri sendiri telah membuat dakwaan palsu--tiada kebenaranya. Dia sendiri telah menderitai pelbagai penyakit, dan kalau dia mungkin disembuhkan melalui saluran-saluran itu maka dia tentunya sudah sembuh."

Di petik , dgn sedikit perubahan, drp: www.islam.ca

Teruskan berhubungan. Kalau anda ada sebarang soalan, jangan ragu-ragu utk menulis kpd kami.
Allah Lebih Mengetahui.
Rujukan terjemahan al-Quran: http://soni69.tripod.com/quran.htm
Diterjemahkan oleh Zul Yusoff utk Islam http://duniadinar.tripod.com/terjemahanfatwa/
Jika anda ingin terjemahan fatwa lain di hantar kpd kotak e-mail anda pd masa depan, sila sertai kumpulan ini:
http://finance.groups.yahoo.com/group/duniadinar/




Title of Fatwa: Is It Possible to Contact the Spirits of the Dead?

Source: Islamonline (http://www.islamonline.net)

Question of Fatwa: Dear scholars, As-Salamu `alaykum. For the last 17 years of my marriage a question has remained unsolved for me. I hope to have an answer from you. My question is this: one of my wife's paternal uncles claims that he can contact the departed soul of a shahid (martyr) who was killed hundreds of years ago and that he can get any work done by this departed soul. He claims that everything is done in accordance with the Qur'an and Sunnah. Can you comment on this?

Name of Mufti: Sheikh Ahmad Kutty

Content of Reply:
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, thanks a lot for your question, which reflects your concern to have sound belief and faith. Allah commands Muslims to refer to people of knowledge to get acquainted with the teachings of Islam in all aspects of life.

First of all, it is an act of shirk (associating others with Allah) and a major sin to call upon anyone in the Unseen -- a dead person, angel, devil or jinn -- for help or intercession.

Answering your question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:

"There is absolutely no basis in Islam for anyone to claim that he or she can get in touch with the souls or spirits of the dead, whether martyrs, saints or even Messengers of high status, including Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), and get things done through them. Such a claim is not only preposterous, but totally absurd and must be shunned outright.

One of the explicit teachings of Islam, duly emphasized in the Qur'an and the Sunnah, is that the matters of the unseen world (such as what happens after death or in the future) are in the exclusive realm of Allah, and that no humans can have access to them except in the measure that Allah has allowed it. We are further taught that no one can benefit or harm us but with Allah's permission, and therefore, we must seek help from no one but Allah -- regardless of the status of the person through whom we are appealing.

Furthermore, the Qur'an is also categorical in its denunciation of those who indulge in speculations concerning matters of the unseen world; it is considered a most heinous offense.

Thus, it is not at all surprising that one finds not even a single instance in the sources involving any of the Prophets or Messengers of Allah that they ever demonstrated the ability to contact the souls of the dead.

While there is not a single incident of the Prophets or Messengers of Allah contacting the spirits of the dead, we do find, however, a number of cases in which they performed the miracle of reviving the dead. An obvious example of this is narrated in Surat al-Baqarah which pertains to the story of a murder. Since the identity of the killer was unknown, Allah ordered the children of Israel through Prophet Musa to sacrifice a cow and strike the corpse with a bone of the same. Accordingly, the dead person was revived, and he disclosed the name of the killer and then closed his eyes and died. Miracles such as these, we must stress again, have nothing to do with contacting the spirits of the dead.

If, for the sake of argument, one were to admit the possibility of contacting the souls of the dead and getting things done through them, then the following questions beg for an answer:

1) If it had been possible for humans to contact the souls of the dead, then why didn't the early Muslims such as the Prophet's Companions, their successors, etc., contact the soul of the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) and get things done through him?

2) Why didn't Abu Bakr, `Umar, `Uthman and `Ali contact Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) and seek his advice in the many trials and tribulations that the Ummah faced after his death? By doing so, perhaps they could have spared the Ummah of much of the bloodshed and civil war that ensued.

3) If contacting the souls of the dead and getting things done through their assistance had been part and parcel of the Islamic faith, why didn't any of the ideal generations practice it? Why is it that we fail to find any confirmation of it in the authentic sources of Islam, in spite of humanity's great need for it?

4) If anyone honestly believes that he can get things done by contacting the souls of the dead, then why can't he get his ordinary needs fulfilled through this channel? Why not put him to the test: Withhold all of the essential services from him and challenge him to get things done through the soul of the so called departed shahid (martyr); should he ever fall sick, refuse to get him any treatment as he can get himself easily through this mysterious channel.

Now having dismissed such a claim as totally preposterous, absurd and contradictory to the teachings of Islam, it is upon us to explain the true nature of such claims. To explain this we must refer to the fact that according to Islam there are worlds out there which, though hidden from us, belong to devils and jinn. Such creatures do possess some limited powers, although matters of ghaib (matters beyond cognition, i.e. the Unseen) are certainly off-limits to them. Those who serve or befriend these spirits do get certain things done through them, but nothing so great, and nothing as far as involving the revelation of the hidden mysteries. Another important factor to consider: such spirits do personify and disguise as the souls of the dead in order to deceive their followers.

What is stated above was confirmed by one of the ex-chiefs of the so-called Spirit Movement in Egypt, who for decades had been peddling this trade. After having repented and renewed his shahadah (testimony of faith), he divulged the secrets of the cult. In his statement to the press, he denounced those who claim that they had been contacting the spirits of the dead. He said that they were, rather, simply dabbling in evil spirits such as devils and jinn.

This ex-chief of the Spirit Movement further exploded the myth that it was possible to get cured or healed through such channels. He admitted--though he himself had in the past made such false claims--that there was no truth to it. He himself had been suffering from a number of ailments, and if it had been possible to get cured through such channels he would have readily healed himself."

Excerpted, with slight modifications, from: www.islam.ca

Do keep in touch. If you have any other question, don't hesitate to write to us.
Allah Almighty knows best.


Posted by duniadinar at 11:33 AM JST
Post Comment | Permalink
Sunday, 19 September 2004

Tajuk Fatwa: Perhubungan antara Islam dan politik.
Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
URL asal: http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=57486

Soalan: Apakah itu islam politik?

Jawapan:

Kami ingin merakam penghargaan mendalam kerana kami diberi peluang utk menjawab soalan itu yg kelihatan amat penting ketika serangan musuh-musuh Islam hari ini terhadap agama kita yg sempurna.

Sememangnya Islam ini di serang bertalu-talu dgn tujuan utk memesongkan gambarannya yg sebenar. Bagaimana pun, Musuh-musuh itu tidak mendapat apa-apa dan serangan mereka serta konspirasi mereka tidak akan kemana kerana Allah SWT mempertahankan agama ini dan memperkukuhkan ajaran Nya. Allah SWT telah berfirman:" Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. " (As-Saff: 8)

Berkenaan soalan mengenai pandangan Islam terhadap politik, kami ingin memetik fatwa lengkap yg di keluarkan oleh ulama terkenal Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berhubungan isu itu; ia berbunyi:
"Pada awal-awal lagi, kita harus menolak tanggapan bahawa Islam itu tidak boleh di kelaskan sebagai politik, ekonomi, sosial, dan sebagai nya. Islam itu adalah agama lengkap yg mencakupi bidang-bidang itu dan pelbagai bidang lain.Ianya meliputi semua aspek kehidupan. Musuh-musuh Islam mahu kita mengkelaskan Islam dan membahagikannya supaya ianya bertentangan sebagai sifat semulajadi Islam sebagai system ketuhanan yg tidak boleh dibahagikan. Mereka mahu mengkelaskan Islam itu sebagai Islam politik, Islam radikal, Islam spiritual, Islam kiri, Islam kanan, Islam terbuka, Islam klasik, Islam cacat, Islam revolusi dan nama-nama lain yg tiada kaitan dgn Islam sebenar.


Bagi kami sebagai muslims hanyalah ada satu Islam yg tidak tertakluk kpd pengkelasan atau pembahagian; ia adalah Islam yg tertakluk kpd Qur'an dan Sunnah. Itulah Islam yg di fahami dan di amalkan oleh Sahabat, pengganti mereka dan generasi muslim hebat yg terlibat dlm membina dan mempromosikan dunia ini. Itulah Islam yg kami percaya bebas drp fahaman menyimpang, nafsu curang dan alasan yg tak munasabah.

Islam mencakupi semua aspek kehidupan:
Ianya adalah jelas kpd semua org yg Islam itu meliputi semua aspek kehidupan; politik, sosial, ekonomi dan aspek lain.Kalau kami mendakwa Islam tiada kaitan dgn politik , jadi ianya akan pupus sebagai ajaran ketuhanan lengkap.

Ada dua sebab mengapa Islam meliputi aspek politik kehidupan

1- Islam mempunyai pendirian jelas terhadap politik dan mempunyai hukum yg berkaitan dgn hal-ehwal yg dianggap sebagai politik.Islam itu bukanlah semata-mata ajaran atau ibadah yg tiada kaitan dgn kehidupan; bahkan, ianya adalah satu ajaran lengkap utk kehidupan manusia. "Islam adalah satu system lengkap, berkaitan dgn semua aspek kehidupan; ianya berkaitan Negara dan tanah air, atau kerajaan dan bangsa; ianya berkaitan akhlak dan kuasa, atau ihsan dan keadilan; ianya berkaitan budaya dan undang-undang, atau pengetahuan dan perundangan; ianya berkaitan kebendaan dan kekayaan , atau pendapatan dan kekayaan; ianya berkaitan Jihad dan dakwah, dan akhirnya ianya adalah fahaman yg benar dan ibadah , spt yg di terangkan oleh Imam Hasan Al-Banna.

2-Sifat seorang Muslim yg sejati yg dimestikan oleh Islam memerlukannya utk terlibat dgn politik. Setiap Muslim dimestikan utk menunaikan tanggungjawab Islam yg menyuruhnya berbuat kebaikan dan mencegah keburukan. Adalah menjadi tanggung jawab setiap Muslim untuk menasihati saudara Muslimnya a dan pemimpin Negara Islam. Kita sebagai Muslims di arah kan dlm surah Al-`Asr supaya menyuruh berbuat kebaikan dan bersabar. Allah berfirman: "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-`Asr: 1-3) Nabi Muhammad SAW menyuruh setiap Muslim utk melawan kejahatan dan menentang ketidakadilan dan jangan menerima penindasan. Ketika di Tanya ttg bentuk Jihad yg terbaik, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bentuk Jihad yg terbaik ialah menegakkan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim." Adalah dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Penghulu bg org yg mati syahid ialah Hamzah dan selepasnya seorang lelaki yg di bunuh kerana dia menentang pemerintah zalim dgn menyuruhnya membuat kebaikan dan meninggalkan keburukan


Islam menyemai dlm setiap jiwa setiap Muslim semangat dan keazaman utk melawan kejahatan dan pembuatnya dan menentang penindasan dan penindas. Dlm menggalakkan Muslims utk melawan bg pihak yg lemah dan tertindas di mukabumi, Qur'an menjelaskan: "Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau" (An-Nisa': 75)


Adalah satu kesilapan besar dan pemikiran sempit utk mempercayai bahawa had larangan dlm Islam adalah tertumpu hanya kpd melakukan zina, minum arak dan sebagainya; bahkan, lebih luas dimensinya. Ianya meliputi kpd semua perlakuan yg menindas manusia, menipu undi, menekan manusia dan mencampakkan mereka ke dlm penjara tanpa sebarang jenayah; ini semuanya adalah bentuk kejahatan yg nyata. Melantik manusia yg tidak cekap dan memecat org yg layak tanpa sebab munasabah adalah perlakuan yg berdosa, dan , jadi ianya satu bentuk kejahatan

Jadi , ianya adalah jelas bahawa kejahatan yg melibatkan banyak isu-isu yg menjadi tunjang politik mesti dibuang dan dihindari,. Bagaimana seorang Muslim sejati mengelakkan drp berhadapan dgn semua kekejaman dan kejahatan dgn mendakwa yg hal itu adalah di luar batasan Islam? Nabi Muhammad SAW di laporkan bersabda: "Kalau umat ku gagal utk berdepan dgn penindas dan berkata kpd nya: `Engkau adalah penindas, maka tiada kebaikan dlm diri mereka." (riwayat Ahmad dlm Musnad melalui authoriti Abdullah ibn `Amr) Seseorang Muslim sejati tidak boleh tidak mempedulikan di hadapan kejahatan , sama ada ianya bersifat sosial, politik, ekonomi dsb nya. Dia mesti melawan dgn tangannya, kalau tidak, dgn lidah , kalau tidak pun dgn hatinya.

Apa yg mendorong seseorang Muslim utk terlibat dlm politik kerana dia dikehendaki menunjukkan rasa prihatin kpd org lain dan prihatin dirinya dgn masalah saudara-saudaranya seagama, kerana Muslims dianggap bersaudara. Dlm Hadith, kita mendengar: "Dia yg tidak melibatkankan dirinya dgn hal-ehwal Muslim tidak boleh menjadi salah seorang drp mereka." Tambah lagi, semua muslim adalah di arahkan utk melawan penindasan politik sama mereka diarahkan utk melawan ketidak adilan sosial. Kedua-dua nya adalah satu bentuk penindasan dan pelakunya akan di hukum dgn berat. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan mu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Hud: 113)

Adalah mesti ditegaskan bahawa tanggungjawab setiap muslim adalah mendorong hidupnya kpd Negara Islam yg berpandukan Qur'an dan Sunnah dan dlm masyarakat yg berasaskan Shari`ah. Ini termasuk undang-undang negera mesti bersumberkan Shari`ah Islam dan semua rakyat mesti di adili berdasarkan kehendak Islam. Adalah jelas tidak salah utk seorang Muslim utk terlibat dlm politik di samping mengamalkan tugas-tugas agamanya. Supaya lebih jelas, dlm mentaati suruhan ayat dlm surah Al-Ma'idah yg berbunyi: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. " (Al-Ma'idah: 44), dia akan dianggap terlibat dlm politik sbg mewakili bangkangan terus kpd mana-mana bentuk arahan-arahan pemerintah yg bertentangan dgn hukum Allah.


Sekarang, kita ingin bertanya soalan "Adakah politik itu sesuatu yg buruk?" Yg Jelas jawapannya ialah politik adalah salah satu cabang pengetahuan yg penuh dgn kebaikan, kerana ianya menguruskan hal-ehwal manusia dgn cara terbaik. Imam Ibn Al-Qayyim di laporkan berkata: " Politik bertujuan menguruskan hal-ehwal manusia dan menyelamatkan kebajikan mereka adalah sesuatu yg mulia selagi ia mesra syariah. Ianya sebahagin drp Shari`ah. Ianya di panggil "politik" utk tujuan penafsiran sahaja." (At-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siyasah ash-Shar`iyyah by Ibn Qayyim al-Jawziyyah)


Kesimpulannya, adalah perlu di tegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah lelaki yg hebat dlm politik berasakan syariah disamping menjadi guru, panduan dan pemimpin terkemuka. Khufala Arrasyidin juga terlibat dgn politik. Policy mereka ialah melaksanakan keadilan dan ihsan. Kerana berdepan dgn banyak penyiksaan dan perbantaian oleh pemimpin-pemimpin, ramai org menjauhi politik; kekejaman dilaksanakan terhadap ramai ulama menjadikan mereka rasa tidak peduli terhadap politik, sampaikan yg masyhur Imam Sheikh Muhammad `Abduh berkata: "Aku derlindung dgn Allah drp politik". Sikap tidak acuh ini terserlah sehingga baru-baru ini apabila ulama mula berpatah balik. Ini disebabkan oleh musuh-musuh Islam yg cuba utk menuduh percubaan utk memulihkan semangat Islam dlm bentuk sempurnanya sebagai seruan kpd Islam politik; ini mengelirukan, kerana Islam dan politik adalah berkaitan."


(MOHON DI SEBAR KPD MUSLIM LAIN)

Rujukan terjemahan al-Quran: http://soni69.tripod.com/quran.htm
Diterjemahkan oleh Zul Yusoff utk Islam
Jika anda ingin terjemahan fatwa lain di hantar kpd kotak e-mail anda pd masa depan, sila sertai kumpulan ini:
http://finance.groups.yahoo.com/group/duniadinar/

Posted by duniadinar at 2:51 PM JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 14 September 2004

Assalamualaikum;

Berikut adalah terjemahan fatwa terpilih yg saya rasa sesuai di kongsi bersama terutama kpd muslim yg berbahasa Melayu.

http://duniadinar.tripod.com

Posted by duniadinar at 11:43 PM JST
Updated: Wednesday, 15 September 2004 12:08 AM JST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older